Saturday, August 29, 2009

Semangat.... apa dah jadi?



Ianya bukan perkara yang diwajibkan, tapi sekadar satu simbol kepada ketaatan dan kesetiaan kepada sebuah negara bangsa yang merdeka. Harganya tidak semahal manapun, RM1.90 bendera kecil sesuai dilekatkan pada papan pemuka dalam kereta, RM2.50; bendera yang sesuai dilekatkan di atas cermin depan kereta, dan lebih kurang RM 4.00 untuk bendera bersaiz sederhana untuk dikibarkan di rumah.

Kempen kibarkan Jalur Gemilang saban tahun diadakan bermula 16 Ogos hingga 16 September, namun tahun ini seakan sambutannya lesu. Pelik tapi benar, hinggakan ada antara kenderaan jabatan kerajaan sendiri seakan "terlupa" untuk disediakan peruntukan membeli bendera.

Ada seorang kenalan; berkereta baharu pantas menjawab usai pertanyaan kenapa. " Tak lawa la ada bendera kat kereta baharu", sambil tersenyum. Aku enggan tersenyum dengan jawaban itu.
Andai ditanya bertalu-talu, pasti kita dapat jawaban yang menyakitkan hati. Andai digesa, nanti jawabannya semangat kebangsaan tetap ada dalam hati, tak payah pacak bendera pun tak mengapa.

Apalah salahnya, kibarkan jalur gemilang sebagai lambang setia kepada negara. Setidaknya sebagai lambang kesyukuran kepada negara tempat tumpah darah dan tempat kita mencari rezeki, kalaupun kita buta sangat sejarah.

Satu lagi yang menyakitkan hati aku, pemandu teksi. Bukan semua, tapi kebanyakkan mereka masih longlai untuk menyambut kempen ini. Aku pelik, 1 ogos lalu, kadar baharu tambang teksi telah dinaikkan. Tak sedikit pun terkesan di hati pemandu teksi ini, akan rasa hendak menunjukkan rasa cinta dan setia kepada negara ini.

Cakap pun tak guna. Kalau kita naik teksi dan cuba bertanya cerita Altantuya, Teoh Beng Hock, Tuan Guru, Pak Sheikh dan yang sama waktu dengannya, merekalah orang yang tahu segalanya, luar dalam kain semuanya dalam poket mereka.

p/s - Kibarlah Jalur Gemilang.. kalau dah miskin sangat, lukis saja pada kertas , lepas itu, gam pada lidi penyapu, kibarkan . Kalau orang ketawakan pun , bukannya kita kena bayar Gobind Singh Deo nak menjawab di mahkamah.

0 komen-komen: