Thursday, August 6, 2009

Cuba Perhatikan..... satu analisis biasa


Siapa yang tak ingin perhatian atau jadi perhatian? Yelah, kadangkala, segan juga bila sering diperhatikan, tapi adakalanya kita perlukan perhatian.
Macam-macam cara untuk menarik perhatian orang memerhatikan kita. Selalunya, gerak kerja untuk mendapat perhatian itu banyak. Ada orang ingin menjadi perhatian kerana kecantikan yang dimiliki, tak kiralah, wajah , susuk tubuh atau pakaian yang dipakai. Atau mungkin gabungan kesemuanya agar perhatian lebih ditumpukan hanya untuknya. Adakala, ianya melangkau lebih daripada itu hingga kepada perhatian membabitkan pengaruh dan kebolehupayaan mempengaruhi tumpuan seseorang agar berpihak tumpuan kepadanya.
Kadangkala, bila perhatian tidak diperolehi, dalam sesetengah keadaan hingga terpaksa memberitahu sesuatu agar perhatian pihak tertentu tertumpu kepadanya. kadangkala berjaya, kadangkala tidak.
Menjadi perhatian adalah hasrat. Mendapat perhatian adalah pencapaian. Menarik perhatian adalah keistimewaan. Cuba perhatikan adalah saranan. Terkadang, bila terlalu mengharap untuk menjadi perhatian, manusia akan lakukan apa saja, dan acapkali tiada perkongsian bijak dilakukan kerana ingin dinilai pancapaian itu milik satu individu semata agar perhatian itu menjadi milik mutlak.

p/s - ku peratikan aje (bunyi jawa).. kok ye pun nak dapat perhatian, jangan over..

0 komen-komen: