Saturday, August 29, 2009

Semangat.... apa dah jadi?



Ianya bukan perkara yang diwajibkan, tapi sekadar satu simbol kepada ketaatan dan kesetiaan kepada sebuah negara bangsa yang merdeka. Harganya tidak semahal manapun, RM1.90 bendera kecil sesuai dilekatkan pada papan pemuka dalam kereta, RM2.50; bendera yang sesuai dilekatkan di atas cermin depan kereta, dan lebih kurang RM 4.00 untuk bendera bersaiz sederhana untuk dikibarkan di rumah.

Kempen kibarkan Jalur Gemilang saban tahun diadakan bermula 16 Ogos hingga 16 September, namun tahun ini seakan sambutannya lesu. Pelik tapi benar, hinggakan ada antara kenderaan jabatan kerajaan sendiri seakan "terlupa" untuk disediakan peruntukan membeli bendera.

Ada seorang kenalan; berkereta baharu pantas menjawab usai pertanyaan kenapa. " Tak lawa la ada bendera kat kereta baharu", sambil tersenyum. Aku enggan tersenyum dengan jawaban itu.
Andai ditanya bertalu-talu, pasti kita dapat jawaban yang menyakitkan hati. Andai digesa, nanti jawabannya semangat kebangsaan tetap ada dalam hati, tak payah pacak bendera pun tak mengapa.

Apalah salahnya, kibarkan jalur gemilang sebagai lambang setia kepada negara. Setidaknya sebagai lambang kesyukuran kepada negara tempat tumpah darah dan tempat kita mencari rezeki, kalaupun kita buta sangat sejarah.

Satu lagi yang menyakitkan hati aku, pemandu teksi. Bukan semua, tapi kebanyakkan mereka masih longlai untuk menyambut kempen ini. Aku pelik, 1 ogos lalu, kadar baharu tambang teksi telah dinaikkan. Tak sedikit pun terkesan di hati pemandu teksi ini, akan rasa hendak menunjukkan rasa cinta dan setia kepada negara ini.

Cakap pun tak guna. Kalau kita naik teksi dan cuba bertanya cerita Altantuya, Teoh Beng Hock, Tuan Guru, Pak Sheikh dan yang sama waktu dengannya, merekalah orang yang tahu segalanya, luar dalam kain semuanya dalam poket mereka.

p/s - Kibarlah Jalur Gemilang.. kalau dah miskin sangat, lukis saja pada kertas , lepas itu, gam pada lidi penyapu, kibarkan . Kalau orang ketawakan pun , bukannya kita kena bayar Gobind Singh Deo nak menjawab di mahkamah.

Thursday, August 13, 2009

Kajian dan Jadual

Bulan Ogos ini ada kajian pendengar dibuat oleh A.C.Nielsen. Syarikat ni kerja dia buat kajian (survey). Sudah namanya buat kajian, maka kenalah bayar kepada syarikat ini. Mahal. Hasil kajian akan jadi bukti stesen radio kepada klien atau bakal pengiklan untuk membeli ruang iklan di stesen masing-masing. Adalah pendapatan kepada stesen tersebut.

Bila sudah tahu ada kajian akan dibuat, maka macam-macam usaha stesen radio yang ada untuk menarik perhatian pendengar sedia ada dan pendengar baru. Bukan sikit hadiah peraduan ditawarkan untuk pendengar yang boleh setia mendengar. Puluhan ribu ringgit nilainya. Memang stesen kerajaan tak mampu. Sudah namanya hadiah mahal, maka kenalah buat sesuatu sebelum nak hadiah tu. Memang macam seronok. Tapi seronok ke?

Aku sudah tidak bertugas lagi hari isnin dan selasa. Sebaliknya aku kena buat hari rabu, khamis dan jumaat. Waktu sama; 6.00 pagi hingga 9.00 pagi. Agak drastik juga perubahan ini demi ......... entahlah.. kajian kot?

p/s - sangka baik.

Thursday, August 6, 2009

Cuba Perhatikan..... satu analisis biasa


Siapa yang tak ingin perhatian atau jadi perhatian? Yelah, kadangkala, segan juga bila sering diperhatikan, tapi adakalanya kita perlukan perhatian.
Macam-macam cara untuk menarik perhatian orang memerhatikan kita. Selalunya, gerak kerja untuk mendapat perhatian itu banyak. Ada orang ingin menjadi perhatian kerana kecantikan yang dimiliki, tak kiralah, wajah , susuk tubuh atau pakaian yang dipakai. Atau mungkin gabungan kesemuanya agar perhatian lebih ditumpukan hanya untuknya. Adakala, ianya melangkau lebih daripada itu hingga kepada perhatian membabitkan pengaruh dan kebolehupayaan mempengaruhi tumpuan seseorang agar berpihak tumpuan kepadanya.
Kadangkala, bila perhatian tidak diperolehi, dalam sesetengah keadaan hingga terpaksa memberitahu sesuatu agar perhatian pihak tertentu tertumpu kepadanya. kadangkala berjaya, kadangkala tidak.
Menjadi perhatian adalah hasrat. Mendapat perhatian adalah pencapaian. Menarik perhatian adalah keistimewaan. Cuba perhatikan adalah saranan. Terkadang, bila terlalu mengharap untuk menjadi perhatian, manusia akan lakukan apa saja, dan acapkali tiada perkongsian bijak dilakukan kerana ingin dinilai pancapaian itu milik satu individu semata agar perhatian itu menjadi milik mutlak.

p/s - ku peratikan aje (bunyi jawa).. kok ye pun nak dapat perhatian, jangan over..

Sunday, August 2, 2009

Otak pun penat.. tapi


sangat asas

ciri yang sangat perlu ada.... ceria

2 ptg.. poco-poco.. gila..

semangat 1 Malaysia

Senyum terus.... jangan merungut banyak.. Tiada siapa yang akan peduli masalah kita, hal peribadi kita bila kerja banyak. Kita mungkin kata kita penat, tapi nanti ada orang lain kata, penat dia lebih berat daripada kita. Susah kita tak sama dengan susah orang lain di tempat lain.
Tapi tak mengapalah, segalanya kena ikhlas. Mungkin dipermulaan dalam hati ada berkata-kata, gila apa terima semua permintaan orang. Tapi, dipenghujung hari, apabila kita belajar redha, terima hakikat dan bersangka baik, insyaallah, hati kita akan tenang. Masuk semula minat melakukan tugas, mesti hasilnya baik... fikir positif dan layan....