Tuesday, May 5, 2009

Pencarian ilmu.. Bengkel Pemantapan Sistem Simpanan Lagu


Adakalanya, antara kita merasakan kita mengetahui sesuatu itu lebih dalam daripada orang lain. Justeru, mengalpakan kita daripada bertanggungjawab terhadap jiwa kita sendiri kepada keperluannya yang tak pernah padam dalam kita sedar.

Nyata naluri itu silap, kerana semakin banyak yang kita ketahui akan sesuatu itu, maka semakin banyak yang kita sebenarnya tidak tahu daripada perkara yang sama. Lantaran desakan masa yang acapkali gagal kita tadbir uruskan dengan baik atau ada mungkin keegoaan kita dengan remeh memandang ianya satu kerja yang membuang masa.

Aku insaf pada pencarian ini, walau aku tahu ianya bukan baharu dalam diriku. Dan 2 hari ini, aku masih mencari ruang khilaf aku dalam kotak pengetahuan ku tentang perkara yang sudah aku ketahui agar aku mampu menjadi terbaik dan mampu berkongsi dengan mereka yang belum tahu dan yang ingin tahu. Aku di IPPTAR dalam tahun-tahun yang berlalu, tanpa jemu mencari ilmu walau ada yang jengkel memandang gedung ini yang hanya mengeluar segulung sijil tanpa nilai di pasaran.Itu kata mereka.

Bagi aku, gedung ini, nilainya masih ada buat mereka yang berhak menilai..
(5-6 Mei 2009)

0 komen-komen: