Sunday, May 3, 2009

Faham? Faham!

Bila tiba hari ulangtahun kelahiran, semua orang berharap akan datang kebahagiaan berpanjangan dalam hidup. Bermula dari detik ulangtahun itu.

Tapi, bagaimana rasanya kalau ulangtahun itu jatuh hari yang kita terpaksa bekerja? Bekerja dari pagi hingga ke malam, berdiri, bergerak, berfikir, bercakap dan akhirnya kepenatan. Aku lalui semua tu. Itu belum cerita bagaimana kepenatan tanpa dapat berehat dihujung minggu selama sebulan berturut-turut. Aku hanya berharap orang akan memahami dan bersabar hanya untuk menanti keesokan harinya mengucapkan selamat kepada aku. Lalu, aku katakan aku kepenatan. Tapi dalam kepenatan itulah aku dihambur dengan kata-kata yang mengguris perasaan aku dek kerana orang menanti untuk menjadi yang pertama mengucapkan selamat kepada aku.

Nah, aku kepenatan dan aku dihambur dengan kata nista yang mengguris.
Aku hanyalah seorang aku yang adakalanya kepenatan. Aku sudah cuba jadi yang terbaik untuk orang. Tapi orang mudah melupakan kebaikan dek kerana aku tak dapat dengar dan rasa ucapan yang pertama.

Ke akhirnya, aku hanya pasrah. Aku diuji lagi oleh yang Esa. tapi yang pasti, aku juga ada dendam dan selagi aku mampu bersabar, alhamdulillah lah orang yang tidak sabar. Aku juga harus lakukan sesuatu untuk mengajar orang yang tidak mahu memahami malah hanya ingin aku memahami orang.

Sekarang, aku hanya berdiam. Aku berdiam kerana aku tidak mahu menjadi pendendam yang membalas. Aku tidak mahu menjadi karakatua yang menanti masa untuk meletus dan memuntahkan laharnya dengan segala kepanasan dan debu yang menebal. Nauzubillah. Minta dijauhkan aku daripada sifat pendendam yang membalas.

Tapi aku masih mantap....

0 komen-komen: