Tuesday, July 28, 2009
Bodoh Sombong
Aku cuba menyatakan betapa aku kecil hati dengan apa yang berlaku. Alih-alih aku kena hamun kerana menambah kerunsingan dan bengang dalam kepala otak dia kerana kena kencing tu. Aku nak cakap, kenapa nasihat aku tak nak ikut, sebaliknya nasihat kawan yg dia nak sangat. Kalau dia ikut nasihat aku, pasti semua ni tak jadi.
Orang macam ni, ego tak kena tempat. Aku tau aku takde ijazah , aku tak belajar tinggi. Itu bukan bermakna kata-kata aku tak laku. Tapi bila dah kena batang hidung, malu nak mengaku menyesal tak ikut nasihat aku, digasaknya hamun aku bila aku nak suruh sedar akan kesilapan tu.
Sekarang, aku nak berdiam diri.. aku ni orang biasa.. tak belajar tinggi.. aku kecik je.
nukilan Azizi Harun pada 7:16 AM 0 komen-komen
Tuesday, July 21, 2009
kolaborasi

pening.. klu yang mengelirukan
Setiap kereta yang ambil bahagian, mesti ada kolaborasi antara pemandu, pemandu arah dan 2 rakan.
Antara kereta (pasukan) ada juga kolaborasi, dalam mencari jawaban.. kalau salah, sama salah.
RTM dengan UTHM, Penerangan dan Pejabat Daerah.
Junaidah dengan Suzi berkolaborasi. Hisham dengan siapa entahlah sebab Suzi dah berkolaborasi dengan Zack Kool.... iye ke?
nukilan Azizi Harun pada 10:12 AM 0 komen-komen
Thursday, July 2, 2009
Sukan RTM 2009, Miri, Sarawak

pejuang.. makan apa yang ada
Seminggu berjuang dalam 3 acara ; badminton, boling dan bola tampar. Hanya boling berjaya bawa balik hadiah tempat ke-3. Jadilah. Badminton , payah nak cakap. Bola tampar juga. Yang penting, berjuang dengan ikhlas. Kepada kawan2 pejuang yang lain, tahniah kalau berjaya. Yang gagal, kita telah laluinya dengan maruah.
nukilan Azizi Harun pada 11:58 AM 0 komen-komen
Saturday, May 16, 2009
SELAMAT HARI GURU
Tidak terbalas jasa dan bakti guru yang ikhlas. Sajak ini menggambarkan segalanya
Dialah
pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri dimuka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
nukilan Azizi Harun pada 8:11 PM 0 komen-komen
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Selawat dan salam kepada junjungan besar muhammad s.a.w.
Aku bermohon kepada mu ya Allah,
Limpahkanlah segala rahmat dan keberkatan ke atas insan bernama Harizun Binti Abdul Karim, ibuku.
Ampunkanlah segala dosa-dosanya ya Allah dari dunia sampai akhirat.
Lapangkanlah dadanya dan ringankanlah dugaan buatnya kerna sudah terlalu lama kau menduganya ya Allah.
Kasihanilah dirinya, sebagaimana dia mengasihani ku sewaktu aku kecil, hinggalah aku dewasa.
Kurniakanlah kepada ibuku ini ya Allah, kesihatan yang baik dan kebahgiaan yang menyenangkan hati kerana itulah sebaik-baik baginya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kuatkanlah kasih sayang ku kepada ibuku ini, dan begitu juga kasih sayang ibuku terhadap diriku.
Berikanlah dia kekuatan dan keimanan, agar dia sentiasa mengingati mu Ya Allah.
Dengan segala kerahmatan dan kebesaran mu ya Allah, aku memohon...amin ya Allah
nukilan Azizi Harun pada 11:14 AM 0 komen-komen
Tuesday, May 5, 2009
Pencarian ilmu.. Bengkel Pemantapan Sistem Simpanan Lagu

Adakalanya, antara kita merasakan kita mengetahui sesuatu itu lebih dalam daripada orang lain. Justeru, mengalpakan kita daripada bertanggungjawab terhadap jiwa kita sendiri kepada keperluannya yang tak pernah padam dalam kita sedar.
Nyata naluri itu silap, kerana semakin banyak yang kita ketahui akan sesuatu itu, maka semakin banyak yang kita sebenarnya tidak tahu daripada perkara yang sama. Lantaran desakan masa yang acapkali gagal kita tadbir uruskan dengan baik atau ada mungkin keegoaan kita dengan remeh memandang ianya satu kerja yang membuang masa.
Aku insaf pada pencarian ini, walau aku tahu ianya bukan baharu dalam diriku. Dan 2 hari ini, aku masih mencari ruang khilaf aku dalam kotak pengetahuan ku tentang perkara yang sudah aku ketahui agar aku mampu menjadi terbaik dan mampu berkongsi dengan mereka yang belum tahu dan yang ingin tahu. Aku di IPPTAR dalam tahun-tahun yang berlalu, tanpa jemu mencari ilmu walau ada yang jengkel memandang gedung ini yang hanya mengeluar segulung sijil tanpa nilai di pasaran.Itu kata mereka.
Bagi aku, gedung ini, nilainya masih ada buat mereka yang berhak menilai..
(5-6 Mei 2009)
nukilan Azizi Harun pada 12:44 PM 0 komen-komen
Label: Kursus
Sunday, May 3, 2009
Faham? Faham!
Bila tiba hari ulangtahun kelahiran, semua orang berharap akan datang kebahagiaan berpanjangan dalam hidup. Bermula dari detik ulangtahun itu.
Tapi, bagaimana rasanya kalau ulangtahun itu jatuh hari yang kita terpaksa bekerja? Bekerja dari pagi hingga ke malam, berdiri, bergerak, berfikir, bercakap dan akhirnya kepenatan. Aku lalui semua tu. Itu belum cerita bagaimana kepenatan tanpa dapat berehat dihujung minggu selama sebulan berturut-turut. Aku hanya berharap orang akan memahami dan bersabar hanya untuk menanti keesokan harinya mengucapkan selamat kepada aku. Lalu, aku katakan aku kepenatan. Tapi dalam kepenatan itulah aku dihambur dengan kata-kata yang mengguris perasaan aku dek kerana orang menanti untuk menjadi yang pertama mengucapkan selamat kepada aku.
Nah, aku kepenatan dan aku dihambur dengan kata nista yang mengguris.
Aku hanyalah seorang aku yang adakalanya kepenatan. Aku sudah cuba jadi yang terbaik untuk orang. Tapi orang mudah melupakan kebaikan dek kerana aku tak dapat dengar dan rasa ucapan yang pertama.
Ke akhirnya, aku hanya pasrah. Aku diuji lagi oleh yang Esa. tapi yang pasti, aku juga ada dendam dan selagi aku mampu bersabar, alhamdulillah lah orang yang tidak sabar. Aku juga harus lakukan sesuatu untuk mengajar orang yang tidak mahu memahami malah hanya ingin aku memahami orang.
Sekarang, aku hanya berdiam. Aku berdiam kerana aku tidak mahu menjadi pendendam yang membalas. Aku tidak mahu menjadi karakatua yang menanti masa untuk meletus dan memuntahkan laharnya dengan segala kepanasan dan debu yang menebal. Nauzubillah. Minta dijauhkan aku daripada sifat pendendam yang membalas.
Tapi aku masih mantap....
nukilan Azizi Harun pada 10:16 AM 0 komen-komen
Label: Ekspresi
Thursday, April 30, 2009
Di sini

Assalamualaikum,
terharu sungguh bila ada yang sudi menjenguk blog yang biasa-biasa saja ini. Tapi tulisan ini baru permulaan. Sebab itulah kena ramai yang datang jenguk dan bagi pandangan yang membina untuk bagi lagi MANTAP blog ni.
Insyaallah, dari masa ke masa kematangan menulis di blog akan lebih MANTAP lagi. Jangan lupa beritahu kawan-kawan untuk datang ke sini selalu. Sama-sama kita kasi MANTAP blog ni.. Jangan lupa blog JOHORfm juga. Wasalam.
MANTAP SELALU
nukilan Azizi Harun pada 10:54 AM 0 komen-komen
Label: intro








